[ IMPIAN ]
.
Impian kita berbeza. Ada setinggi banjaran Himalaya. Tidak kurang sekecil merah biji saga. Pokok pangkalnya, impian terzahir oleh emosi yang nyata. Abstrak, tetapi jelas terpancar di depan mata.
.
Memetik madah pujangga guru merangkap sifu, manusia ada 4 spesis...
.
Spesis yang pertama :
Mereka punya impian, dan sanggup melakukan apa sahaja untuk menggapai impian. Mereka tidak memberi alasan. Sebaliknya mencari jalan. Persis rajawali yang pantang mengeluh. Patah sayap bertongkatkan paruh. Mereka ini tergolong dalam kelompok orang yang berjaya. Pesan guru, orang yang berjaya, apabila memulakan sesuatu kerja, dia akan buat kerja tu SAMPAI HABIS !!! Berjuang sampai jadi!!
.
Spesis yang kedua :
Mereka juga punya impian. Tetapi tidak nampak titik usaha mengejar impian. Impian bagi mereka sekadar angan-angan. Orang lain sibuk mencari jalan, mereka sibuk mengumpul alasan. Orang lain ingin berjaya, mereka juga ingin berjaya. Malangnya, spesis jenis ini, bercakapnya mudah, bertindaknya payah. Orang lain sudah berlari, mereka masih duduk terbaring memanjakan diri. Baik gi spa weh!
.
Spesis yang ketiga :
Lain dari yang lain. Orang lain menanam impian. Hidup mereka sekadar tidur, lepak dan makan. Mereka tidak punya angan-angan, jauh sekali nak kejar impian. Mereka bukan lagi seperti katak di bawah tempurung. Terperangkap di dalam peti di hujung kampung. Tetapi mereka ibarat katak di dalam gelas kaca. Nampak dengan jelas apa yang berlaku di luar sana. Orang berkejaran mencari rezeki sampai ke hujung dunia. Tetapi mereka tetap berada di tempat yang sama. Tidak pernah berganjak walau sedetik cuma..
.
Spesis yang keempat.
Spesis ini paling bahaya. Resah melihat orang lain berjaya. Tiada impian, tidak mengapa. Malas bertindak, perkara biasa. Tetapi, spesis ini punya racun berbisa. Mereka mampu menarik orang lain untuk gagal bersama. Penuh dengan hasad dengki dan iri hati. Andai terjumpa, perlu segera dijauhi...aura positif anda akan pecah jika selalu duduk dgn golongan ini..lama2 aura negatif..
.
Sekadar peringatan untuk diri sendiri. Yang buruk mintak dijauhi, yang baik perlu diteladani.
Monday, February 27, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment