Friday, February 24, 2017

JIKA ANDA DIDENGKI

Kita tidak dapat mengelakkan diri daripada didengki. Kenapa kita didengki. Kerana kita ada kelebihan tertentu. Maka pendengki sakit hati dan tidak suka kita memiliki kelebihan itu. Berbagai cara dilakukannya untuk memuaskan hatinya yang dengki itu seperti menceritakan keburukan kita, memfitnah, menghasut orang dan sebagainya.
Jadi, apa yang patut kita lakukan terhadap pendengki?

Jawabnya mudah sahaja. Biarkan saja dia dan tindak tanduknya. Jangan dilayan. Lama kelamaan, dia akan terus sakit hati dan makan diri sedangkan kita tidak rasa apa-apa. Kalau ada orang bertanya kita perihal orang yang mendengki kita, maka ceritakan yang sebenar. Jangan ditokok tambah. Lambat laun, orang akan faham hakikatnya.
Bersabar banyak-banyak apabila menjadi mangsa pendengki. Kesabaran anda membuatkan pendengki, lama kelamaan 'terbunuh ' dan sunyi sepi daripada kedengkiannya kerana orang tidak lagi memihak kepadanya.

Sabar, sabar dan sabar
إصبر عل حسد الحسود  #  فإن صبرك قاتله
كالنار تأكل بعضها.          #  إن لم   تجد ما تأكله
Bersabar menghadapi karenah pendengki
kerana kesabaranmu bakal membunuhnya
seperti api yang menjilat sesama api
jika tiada lagi benda yang hendak dijilatnya

##DssRichNetworks##
##DmGroupKlateNetworks##
##LifeStyle##
##NakBerubahJomFollow##
##DengarKataOreYangTidakBerwawasanMerugikanDiriSendiri##
##BeraniDanJatiDiriYangKuatBaruBerjaya##
##TekadDanSemangatJuangYangTinggiKitaRempuhiBaruBolehBerjaya##

0 comments:

Post a Comment