Wednesday, July 12, 2017

RENUNGAN SI PEMIKIR

Tubuh badan yang hidup jika berada dalam lingkungan suasana yang tidak sesuai dengan dirinya, kesuburannya akan terbantut. Kehidupan dan kesuburan tubuh badan itu mempunyai hubungan dan kesan yang kuat dengan suasana alam sekelilinganya. Begitu jugalah akal dan mental seseorang. Kesuburan dan perkembangan mempunyai hubungan yang sangat erat dengan suasana alam sekitar. Sebenarnya akal seseorang tidak tinggal beku atau statik begitu sahaja, ttapi ia berkembang dan subur malah sentiasa meningkat maju kerana seorang itu sentiasa berfikir tentang masalah dan perkara-perkara yang wujud dan peristiwa yang berlaku di sekelilingnya.

Setiap waktu yang dilalui di dunia ini haruslah sentiasa diisi dengan perkara-perkara yang boleh membawa kita lebih hampir dengan Allah Swt. Kerana kita akan kembali bertemu Allah Swt serta akan ditanya apakah kerja amal ibadah kita ketika hidup. Jadi......DIMANAKAH KITA....??

"TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"

0 comments:

Post a Comment