Tuesday, July 4, 2017

RENUNGAN SI PEMIKIR

🌟🌾🌹🍁🌴☀🌺🌸💐

https://telegram.me/laisakamitslihisyaiun

Berhati-hatilah kita semua wahai pembaca yang dikasihi daripada tipu daya dan muslihat syaitan dan janganlah kita tunduk kepada tipu dayanya. Syaitan sangat pandai memerangkap kita (dengan menyetujui kita mencari ilmu) pada hal sebenarnya ia telah memperdayai kita (dengan memesongkan niatmu) maka celaka bagi si jahil sekali celaka kerana ia tidak mahu belajar dan celaka bagi si alim seribu kali celaka apabila ia tidak mengamalkan ilmunya. Dan ketahuilah bahawa manusia didalam menuntut ilmu ini terbahagi kepada 3 bahagian atau keadaan. Yang pertama, orang yang mencari ilmu untuk menjadikannya sebagai bekalan ke negeri akhirat maka dia tidak berniat dengan mencari ilmu kecuali hanya mendapat keredhaan Allah Swt dan negeri akhirat. Maka org ini termasuk didalam golongan org yang beruntung.

Yang kedua, orang yang mencari ilmu untuk mendapatkan keuntungan yang segera (dunia) dan mendapatkan kemuliaan, pangkat, dan harta benda, sedangkan dia sendiri menyedari hal ini dan merasakan didalam hatinya akan kejahatan keadaan yang sedang dialaminya dan kehinaan maksudnya. Maka orang ini adalah berada di dalam golongan yang berbahaya. Yang ketiga, orang yang dikuasai oleh syaitan maka ia menjadikan ilmunya yang dituntutnya itu sebagai alat untuk menghimpunkan harta benda dan bermegah-megah dengan kedudukan dan merasa bangga dengan ramai pengikutnya. Dia menggunakan ilmu yang dituntutnya itu utk mencapai segala hajatnya dan untuk mengaut keuntungan dunia. Orang ini tergolong dalam golongan yang binasa, jahil dan tertipu dengan helah syaitan. Semoga dapat memberi manfaat buat semua pembaca yang dirahmati Allah Swt.

"TANPA ILMU PASTI LAYU, TANPA TARBIYAH PASTI REBAH"

0 comments:

Post a Comment